" Islam itu dibina atas lima perkara : Mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan."
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia lebih mencintaiku daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya."
" Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."
"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara : Muda sebelum engkau tua, sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan sebelum engkau sibuk, hidup sebelum engkau mati."
" Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah."
" Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahlan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak pada setiap kali wuduk."
"Tiada seorangpun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: 'Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan ynag disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya', melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki."
" Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar."
"Doa tidak ditolak di antara waktu azan dan iqamat."
"Sekiranya seseorang yang melintasi di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya ia akan berdiri di situ selama 'empat puluh' adalah lebih baik daripada melintasi di hadapan orang itu." (tanpa penghadang)
"Apabila engkau selesai menunaikan solat Subuh, maka katakanlah sebelum engkau berbual: 'Ya Allah! Lindungilah daku daripada neraka' sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada hari itu, Allah akan menetapkan bahawa engkau terlindung daripada neraka. Apabila engkau selesai solat Maghrib, maka katakanlah sebelum engkau berbual: 'Ya Allah! lindungilah daku daripada neraka,' sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada malam itu, Allah akan menetaokan bahawa engkau terlindung daripada neraka."
"Sesiapa yang membaca ayat Kursi sesudah setiap kali solat, tidak ada yang dapat menegahnya daripada memasuki syurga sehinggalah ia mati."
"Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya."
"Ziarahilah pesakit dan iringilah jenazah, nescaya ia boleh mengingatkan kamu kepada akhirat."
"Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit, dan katakanlah: 'Dengan nama Allah', sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali : 'Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapatidan aku berwaspada'."
" Sesiapa yang Allah kehendaki kepanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
Puasa hari 'Asyura
"Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu."
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia ikuti pula dengan puasa enam hari pada bulan syawal, nescaya ia mendapat ganjaran puasa setahun."
Puasa hari 'Arafah
"Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu dan tahun akan datang."
"Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak tiga hari, ganjarannya ialah puasa setahun."
No comments:
Post a Comment