Friday, September 24, 2010

Maafkan diriku sayang

Sayang itu seperti angin,
Kita tak dapat melihatnya,
Namun dapat merasainya.

Terkadang angin itu bertiup begitu kencangnya,
Membuatku tak sedarkan diri,
Menahan gelojak di dalam hati,
Namun aku dapat memahaminya.

Adakah angin tanpa udara?
Adakah sayang tanpa hati?

Terkadang aku sulit memikirkan semua ini,
Terkadang aku meragui kasih sayang yg diberikan,
Tapi semua itu tidak aku pedulikan lagi,
Kerana aku tau bertapa dalamnya sayang dia pada aku.

Maafkan aku diatas kesemua kesilapan ku,
Tidak sepatutnya aku membicarakan tentang itu,
Aku bukan manusia yang sempurna tuk dicontohi,
Aku masih memerlukan pertolongan dan nasihat darimu.

Pengalaman mengajar erti kehidupan,
pahit manis merapatkan lagi sebuah perhubungan,
dan akhirnya aku tahu,
Yang terbaik adalah merasakannya di dalam hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...