Hari ni (Isnin, 6hb disember 2010) adalah hari terakhir untuk tahun 1431 Hijrah. Insyaallah esok kita akan menyambut tahun baru awal muharram 1432 Hijrah. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi kita semua.
Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Akhir Tahun
maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
...................................................................................
Doa Awal Tahun
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

..............................................
Dengan senyuman indahmu yang membangkitkan cinta dan memberikan kasih sayang kepada sesama insan.
Dengan kata-kata baikmu yang mengikat persahabatan dan menjauhkan sifat dengki dan permusuhan
Dengan derma yg membahagiakan si miskin, menyenangkan sifakir, mengenyangkan perut org yg kelaparan.
Dengan mengkaji Al-Quran, merenung dan mengamalkan kandungannya, bertaubat dan beristighfar.
Dengan zikir dan istighfar yg byk, memanjatkan doa, dan meluruskan niat.
Dengan mendidik anak-anak dgn agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yg bermanfaat dan berguna bagi mereka.
Dengan rasa malu dan hijab yg disuruh oleh Allah. Itu adalah cara supaya sentiasa terjaga dari pandangan dosa.
Dengan bergaul dengan orang baik-baik yg sentiasa takut kepada Allah, mencintai agama, dan menghormati ajarannya.
Dengan berbuat baik kepada kedua ibu bapa, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga, dan berlemah lembut kepada anak yatim.
Dengan ini semua, insya-Allah anda lah paling bertuah..
Bukan dengan usiamu yg habis untuk hal-hal yang tidak perlu,
membalas dendam kesumat dan bertekak yang tidak bermanfaat.
Bukan dengan mengutamakan dan menimbun harta benda, hingga terpaksa mengorbankan kesihatan, kebahagiaan hati, tidur nyenyak dan ketenangan hati anda.
Bukan dengan sentiasa mencari-cari kesalahan dan mengumpat org lain tetapi pada waktu sama melupakan kesalahan dan dosa yg diperbuatnya.
Bukan dgn tenggelam dlm kenikmatan hawa nafsu dan memenuhi segala keinginan apa sahaja tanpa kawalan.
Bukan dgn menghabiskan waktu dgn org0org yg mengisi waktunya dgn hal-hal yg tidak berguna dan menghabiskan waktu berjam-jam untuk sesuatu yg sia-sia.
Bukan dgn mengabaikan kebersihan tubuh badan dan rumah anda, lupa memakai wewangian dan enggan mematuhi aturan.
Bukan dgn bermacam-macam minuman yg diharamkan, rokok dan syisah, serta segala sesuatu yg mendatangkan keburukan.
Bukan dgn sentiasa mengingat musibah yg telah lalu, bencana yg telah terjadi dan kesalahan masa lampau.
Bukan dgn melupakan akhirat dan beramal unutknya dan leka terhadap kedatangannya yg pasti.
Bukan dgn menghabiskan harta untuk mendapatkan sesuatu yg diharamkan,berlebih-lebihan dalam sesuatu yg mubah, dan menafkahkan jumlah yg kecil untuk kebaikan.
....................................................................
dah akhir tahun..
semua bakal berlalu pergi..
awal tahun mendatang..
moga cahaya baru menerangi hidupku..
(^_^)
No comments:
Post a Comment