Saturday, January 29, 2011

tolong ingatkan saya...

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan Tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan...

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan...

Tolong ingatkan saya,
Supaya ingat pesan guru,
Bukan sekadar peringatan,
Tapi tarbiyah berpanjangan...

Tolong ingatkan saya,
Di mana Islamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan,
Disingkat, diketat dan dijarangkan...

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran...

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah kerana-Nya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan...

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga disana menjadi bekalan...

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik yang kuasa,
Kepadanya jiwa diserahkan,
Segalanya Dialah tumpuan...


tgh kemas2 barang nk balik rumah ternmpk la kertas ni..
rindu pada org yg bagi ni..huhu..
a nice memory to remember while being with u..miss u so much..huhu
kpd ana..saya rindu kt kamu..thanks for giving this to me..
insyaAllah umur pnjng kite jumpa thn ni tyme kamu graduate k..(^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...