Sunday, August 21, 2011

Ramadhan

5 bonus khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yg belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

  • Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
  • Para malaikat beristighfar utk mereka sehingga mereka berbuka.
  • Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
  • Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan-bulan selain Ramadhan.
  • Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yg bertanya kepada Baginda s.a.w : " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar? " Baginda menjawab : "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)
sama-sama lah kita beramal..Selamat berpuasa semua..(^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...