hahaha tu semua main2 je..jauh lagi kot..
tah la yg aku tau semua terserah pada Dia..
jodoh, maut semua terletak pada tangan Dia..
aku berserah sahaja..
masa cuti bah 1..
ak telah dipinang dgn satu buku ni..
best..insyaAllah kalo diizinkannya..
aku teringin terima kad jemputan dari-Nya muda2 ni..
dan aku akan pegi menunaikan umrah sekerap yg boleh..
insyaAllah dgn hasil titik peluh ak sendiri...
"Travelog HAJI"
mengubah sempadan iman..

Disini aku nak share doa2 dia...
sangat menyentuh hati..
terima kasih Muhd Kamil Ibrahim..
semoga Allah memberi kesejahteraan kepada kamu...
"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (surah al-Rahman, ayat 36)
Ya Allah, ampunilah dosa ayah dan ibu. Ya Allah, jauhilah ayah dan ibu daripada seksa kubur dan tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman, beramal soleh dan berikanlah syurga yang istimewa buat mereka, Syurga Firdaus, ya Allah.
Ya Allah, aku terlalu jauh daripadamu. Ampunilah dosa-dosaku, ya Allah. Kebenaran tanpa keredaan Allah tidak membawa sebarang ketenangan jiwa.
"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah." (surah al-Baqarah, ayat 196)
Ya Allah, aku difitnah. Ya Allah, tiada tempat untuk aku mengadu. Aku sangat lemah, ya Allah. Permudahkanlah kehidupanku. Ampunilah aku, ya Allah. Berikanlah kekuatan dan tunjukkanlah kebenaran.
"Tetamu Allah ada tiga, orang yg menunaikan haji, orang yg menunaikan umrah dan orang yg berperang fisabillillah." (Hadis direkodkan oleh Nasa'i, Ibnu Hibban dan Hakim)
Ya Allah..aku ingin menjadi salah seorg dari tetamuMu,..ya Allah..
Ya Allah, terimalah rayuanku ini. Aku benar-benar ingin menghadapmu, di rumahmu. Aku ingin menunaikan fardu haji pada tahun hadapan. Terlampau banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami sekeluarga. Aku bersyukur, ya Allah. Terimalah kami, ya Allah. Tiada lagi tempat yang dapat aku mengadu, ya Allah. Tiada lagi, ya Allah.
Ya Allah, kami mohon keampunanmu, ya Allah. Permudahkanlah kami. Lindungilah kami.Berilah jalan dan permudahkanlah.
"Allah Subhanahu wa Taala turun ke langit dunia, ketika sepertiga malam masih tersisa, Allah menyeru: 'Adakah antara hambaku yang berdoa kepadaku, supaya aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku, supaya aku mengampuninya? adakah antara hamba-ku yang meminta kepadaku, supaya aku memenuhinya." (Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
jom rajin2kan diri bangun malam..(^_^)
Ya Allah, aku memohon keampunanmu ya Allah, aku mohon keampunanmu, ya Allah, aku mohon keampunanmu, ya Allah. Ya Allah, aku bertaubat kepadamu daripada segala dosa yang aku lakukan.
" Allah berkata: 'Wahai anak Adam, sesungguhnya selagi kamu berdoa kepadaku dan mengharap kepadaku, aku mengampuni dosamu dan kesalahanmu dan aku tidak peduli dengannya. Wahai anak Adam, sekiranya dosa-dosamu sampai ke langit, kemudian kamu meminta ampun kepadaku, pasti aku mengampunimu dan tidak peduli dengannya. Wahai anak adam, apabila kamu menjumpaiku (meninggal dunia) dengan setompok kesalahan, sedang kamu menjumpaiku dalam keadaan kamu tidak menyukutukanku dengan sesuatu apapun, pasti aku akan menjumpaimu dengan setompok ampunan yang serupa dengannya."
Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamumu, tetamu yang istimewa, tetamu yang paling istimewa, tetamu yang mendapat perlindungan dan kerahmatanmu. Ya Allah, hilangkanlah perasaan sombong, riyak dan angkuh. Aku mahu jadi manusia yang istimewa disisimu.
Ya Allah, kami datang ke sini semata-mata keranamu, ya Allah. Jangan kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan kau uji kami dengan perkara-perkara yang dapat merosakkan niat dan tujuan kami. Ampunilah kami, ya Allah.
No comments:
Post a Comment